Live Tutorial eKelas Minggu Pertama Bulan September

7 September 2019 | Aktiviti Terkini

6 September 2019 – Live Tutorial eKelas pada minggu pertama bulan September mencatatkan seramai 12 orang kehadiran kerana kelas hanya diadakan pada hari Jumaat sahaja. Kelas pada hari Sabtu ditangguhkan atas beberapa faktor yang tidak dapat dielakkan.

Memandangkan perkara tersebut, kesemua pelajar yang hadir dihimpun dalam satu kelas mengikut subjek iaitu Kelas Bahasa Inggeris (3-4 petang), Kelas Sains (4-5 petang) & Kelas Matematik (5-6 petang). Kesemua pelajar diberikan ulangkaji topik-topik yang telah dipelajari sebagai persiapan menghadapi peperiksaan yang hampir tiba.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali